Di sebuah perkampungan yang mempunya masyarakat yang aman dan permai, saling hormat menghormati dan sayang menyangi; hidup satu pasangan yang berkongsi segala nikmat keseronokkan, kesukaran dan mereka sering menghabiskan waktu untuk bersama...mereka amat menyintai antara satu sama lain...mereka ialah si ais krim dan si coklat...

Pada suatu hari, ais krim dan coklat keluar bersiar-siar bersama...cuaca pada hari tersebut cerah. kelihatan datuk matahari dari jauh dengan perlahan-lahan menaiki langit yang gelap untuk memberi sinarannya kepada tumbuh-tumbuhan untuk sarapan pagi...si coklat membawa si aiskirm ke sebuah taman bunga yang belum pernah dilawati oleh sesiapa pun untuk berehat, bermain dan menikmati suasana keindahan pagi bersama sebagai satu kejutan kepada si aiskrim..si ais krim sangat gembira!!mereka pun bermain bersama, mengejar rama-rama yang terbang indah di udara, bergurau senda dan bermacam-macam keseronokkan yang mereka kongsi bersama di taman tersebut...setelah penat bermain, mereka berbaring di bawah sebatang pokok tua lalu terlelap...

Tanpa mereka sedari, hari semakin cerah...datuk matahari semakin tinggi menaiki langit...sinaran datuk semakin kuat menjadikan keadaan taman bunga semakin panas...si aiskirim terjaga dari tidurnya..melihat keadaan badannya yang mula cair,dia terus mengejut si coklat untuk membantunya...si coklat yang baik hati menenangkan si ais krim,
"ais krim, kamu usah bimbang kamu akan cair...kamu ikut jalan ini, terus sehingga ke hujung jalan. disana, kamu akan berjumpa dengan encik polar bear. katakan yang saya mahu dia pinjamkan baju aisnya kepada kamu agar kamu kekal beku...dia tentu akan pinjamkan..."jelas coklat kepada ais krim...dengan pantas, ais krim pun berlari mengikuti jalan yang ditunjukkan si coklat untuk meminjam baju ais dan memaksa si coklat berjanji menunggunya di taman bunga tersebut. si coklat melemparkan senyumannya yang manis lalu menanti kepulangan ais krim di taman tersebut.
Di penghujung jalan, si ais krim bertemu dengan encik polar bear dan menyatakan hasratnya untuk meminjam baju aisnya...encik polar bear tanpa membuang masa trus memberi pinjam baju aisnya kepada ais krim dan memberikan ais krim sehelai lagi baju aisnya untuk diberi pinjam kepada coklat...tetapi..
."en polar, baju ini terlalu berat jika saya membawa kedua-duanya sekali...untuk si coklat, biarlah kami bergilir-gilir atau berkongsi baju ais yang saya pakai ini...biarlah kami kongsi bersama...kan lebih jimat dan romantis"kata si ais krim kepada polar bear...mendengar kata-kata si ais krim, encik beruang berasa bimbang kepada keadaan si coklat dan hanya mampu melihat si ais krim pergi dengan kata-katanya itu...
Dalam perjalanan untuk kembali bertemu si coklat, si aiskrim terserempak dengan kumpulan ais krim yang sedang dalam perjalanan ke pesta ais...kumpulan tersebut pun mengajaknya untuk pergi bersama...dengan dibayangi keseronokkan dan kemeriahan suasana pesta tersebut, si ais krim pun turut serta dalam kumpulan tersebut menuju pesta ais...terus...keadaan si coklat dilupakan...
Keadaan semakin panas...datuk matahari sudah berada tinggi tegak di langit...menjadikan sinaran datuk semakin panas dan terik...kelihatan binatang-binatang kecil berteduh di pohon-pohon, melarikan diri dari sinaran datuk matahari...si coklat juga tidak terkecuali...si coklat berlari berteduh di bawah pohon yang besar,
"wahai datuk pokok yang baik hati, izinkan cucu berteduh disini menanti si ais krim ya...?"...cuaca yang makin panas membuatkan tubuh si coklat menggeletar...setitik demi setitik coklat pekat menitis dilantai...si coklat menyedari keadaan dirinya semakin teruk..namun, dia masih setia menanti kepulangan si aiskrim yang dicintainya itu...
Setitik demi setitik...badan si coklat semakin lama semakin mengecil...menyedari keadaannya yang akan cair dan hilang......si coklat pun berkata:
"wahai datuk pokok yang baik hati, boleh tak datuk sampaikan pesan cucu kepada si ais krim?", datuk pokok pun menjawab sambil menyelak kulitnya:
" wahai cucu ku yang setia, kamu ukirlah pesan mu di badan ku ini...akan aku sampaikan kepada ais krim mu itu..." dengan baki tenaga yang ada, si coklat mengukir pesanannya untuk si ais krim:
"maafkan aku wahai ais krim...jiwaku, cinta ku sememangnya ingin mengotakan janji ku pada mu untuk menunggu mu di taman ini...namun, tubuhku yang lemah ini adalah batasan ku...maafkan aku...maafkan cintaku...aku terpaksa pergi bersama jasadku..namun...aku tinggalkan cintaku menanti mu disini...aku bahagia bersama mu...ais krimku...cintaku..."
Selesai mengukir pesanannya kepada ais krim, si coklat pun rebah ke bumi...seluruh penghuni taman bunga menangis menitiskan air mata kesedihan sehingga mengalirkan sisa-sisa si coklat kedalam sungai...
"wahai sahabatku sungai, bawalah jasad si coklat ke tempat yang lebih baik..ke tempat yang jauh dari sini..." pesan datuk pokok kepada sungai...
Di pesta ais, si ais krim yang sedang asyik menari dan bergembira bersama rakan-rakannya...salah seorang rakan si ais krim bertanya si coklat kepada si ais krim...pada ketika itu, bagaikan orang yang gila, si ais krim berlari sepantas mungkin menuju taman bunga tempat si coklat menanti kepulangannya...namun..setibanya si ais krim di taman tersebut...kelibat si coklat tidak kelihatan. si ais krim dengan prasaan yang cemas, penuh penyesalan mencari si coklat di setiap pelusuk taman...
Hari semakin gelap, datuk matahari telah sedikit demi sedikit turun dari langit dan nenek bulan pula mengantikan tempatnya...si ais krim masih lagi mencari dimana si coklat telah menghilang...akhirnya, si ais krim berhenti rehat di sebuah pokok setelah penat mencari si coklat...tiba-tiba, kulit pokok tersebut terbuka...maka, terpancarlah ukiran si coklat buat si ais krim...di waktu malam yang sunyi, dengan bantuan cahaya nenek bulan yang lembut dan terang, si ais krim menghayati setiap perkataan yang terukir pada pokok tersebut...setiap jejak matanya pada perkataan yang terukir kemas di pokok tersebut, 3 titisan air mata jatuh kebumi...tersujud si ais krim di kaki pokok tersebut setelah selesai membaca pesanan si coklat...
Kini...semuanya tak berguna lagi...yang tinggal buat si ais krim...hanyalah kenangan dan ukiran si coklat buat si ais krim...